Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

 

PAPAR, 10 Jun 2025 – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memetik buah mangga menggunakan galah besi di Kampung Bambangan, di sini, hari ini.


Mangsa, Ahajah Abdul Musa, 42, dilaporkan berada di atas sebatang pokok mangga dan menggunakan galah besi untuk menjolok buah di hujung dahan sebelum terkena kabel elektrik berdekatan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.01 petang.


“Sebaik tiba di lokasi, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas pokok mangga. Pasukan bomba bertindak menurunkan mangsa dengan menggunakan tangga dan tali penyelamat selepas bekalan elektrik diputuskan oleh Sabah Electricity,” katanya ketika dihubungi.


Namun begitu, petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.29 petang.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post