Selebriti Didakwa Atas Pertuduhan Amang Seksual Remaja 17 Tahun

 

PUTRAJAYA, 14 Jun 2025 – Seorang selebriti tanah air akan didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Selasa depan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


“Pihak polis telah menjalankan siasatan secara menyeluruh demi menjamin keadilan kepada mangsa serta memastikan proses perundangan berjalan dengan telus, katanya.


Insiden tersebut menjadi perhatian umum selepas selebriti berkenaan ditahan polis pada 3 Jun lalu selepas mangsa membuat laporan polis mendakwa dicabul ketika pertemuan pertama mereka di sebuah hotel di Selangor.


Difahamkan, mangsa yang bekerja di sebuah kafe mula berkenalan dengan suspek ketika selebriti terbabit mengunjungi premis berkenaan. Siasatan awal mendapati kejadian didakwa berlaku dalam pertemuan pertama antara kedua-dua individu.


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, mengikut peruntukan undang-undang.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post