Wanita Dedah Suami Guna Gambar Adik dan Kakaknya untuk Puaskan Nafsu

 

Tular di media sosial luahan seorang wanita yang mendakwa suaminya menyimpan dan melihat gambar ahli keluarganya sendiri, termasuk adik dan kakak iparnya, untuk tujuan memuaskan nafsu.


Menurut wanita tersebut, dia menemui tangkap layar (screenshot) gambar adiknya dalam album dipadam di telefon suami, selain mendakwa suaminya turut sering mencari profil media sosial kakaknya.

"Ini bukan kali pertama dia kantoi. Dia tengok gambar adik dan kakak aku, siap simpan. Aku dah bersiap cantik untuk dia, tapi masa bersama pun dia tengok gambar lain," luahnya dalam hantaran yang kini tular.


Wanita itu menyatakan rasa terhina apabila mengetahui suaminya menggunakan gambar ahli keluarganya sendiri untuk tujuan seksual, malah turut membawa telefon ketika melakukan hubungan intim.


Luahan tersebut menerima pelbagai reaksi tegas daripada pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan si suami sebagai tidak bermoral dan menjijikkan, terutama apabila melibatkan maruah ahli keluarga sendiri.

"Kalau saya, saya rasa sangat terhina. Itu bukan suami, itu pemangsa dalam rumah sendiri," kata seorang netizen.

"Jenis macam ni yang jadi pemangsa sumbang mahram. Tolong jaga anak-anak dan adik perempuan tu," tambah seorang lagi.


Sebahagian besar netizen menyarankan agar wanita tersebut berpisah demi menjaga maruah diri dan keselamatan keluarga, memandangkan suaminya telah beberapa kali melakukan perkara serupa.


Sehingga kini, identiti pasangan tersebut tidak didedahkan dan tiada pengesahan rasmi dibuat mengenai kesahihan insiden itu. Namun, kisah ini telah mencetuskan perbincangan hangat tentang batas moral dan keselamatan dalam hubungan rumah tangga.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post