Mak Dah 70 Tahun, Tak Larat Jaga Cucu

 

Seorang pengguna di laman X meluahkan rasa kecewa terhadap sikap abangnya yang didakwa sering meninggalkan anak-anak kecil untuk dijaga oleh ibu mereka yang kini sudah berusia 70 tahun, tanpa mempedulikan keadaan kesihatan warga emas itu.


Menurut adik berkenaan, abangnya dan isteri gemar mengambil kesempatan setiap kali cuti atau hujung minggu dengan menghantar anak-anak balik ke rumah ibu mereka dan meninggalkan sepenuhnya tanggungjawab menjaga cucu kepada si ibu.

 

“Dia dan isteri keluar makan-makan, shopping, tengok wayang. Tapi mak aku jaga cucu dari pagi sampai malam, sampai tidur lambat. Dulu mak tidur lepas Isyak, sekarang pukul 12 malam pun belum lelap,” katanya.


Tambahnya lagi, ibunya tidak pernah mengeluh kerana takut menjadi bahan buah mulut keluarga besan. Namun sebagai anak yang prihatin, dia dapat melihat beban yang ditanggung oleh ibunya.

 

“Mak aku memang jenis puaskan hati orang. Tapi itu bukan alasan untuk terus ambil kesempatan.”


Pengadu turut berkongsi bahawa dia pernah menegur abangnya, namun dimarahi dan dituduh sebagai “batu api” kerana kononnya ibunya tidak pernah bersuara tentang perkara itu.


Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang turut mengecam sikap ibu bapa muda yang melepaskan tanggungjawab menjaga anak kepada warga emas. Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan menyalahgunakan kasih sayang seorang nenek.

 

“Jaga anak kecil bukan mudah. Kalau kita yang muda pun penat, apatah lagi orang tua.” 

“Nenek sepatutnya berehat dan menikmati usia emas, bukan dijadikan ‘babysitter’ percuma.”


Ada juga yang berkongsi pengalaman serupa dan menyarankan agar ibu bapa mengambil peranan aktif dalam mendidik dan membesarkan anak-anak sendiri tanpa membebankan generasi terdahulu.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post