Seorang pengasas kosmetik, Datin Lyanaz Hassan, mendakwa percutiannya bertukar mimpi ngeri selepas menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh seorang pekerja homestay, baru-baru ini.
Menurut video dan hantaran IG Story miliknya, kejadian dipercayai berlaku ketika beliau sedang mandi sebelum mendapati seorang lelaki, yang juga pekerja homestay berkenaan, nekad merakam dirinya secara senyap selama hampir lima minit. Jeritan Datin Lyanaz menyebabkan suspek panik dan cuba melarikan diri, namun tindakan pantas ahli keluarga berjaya menahannya di kawasan semak berhampiran.
Pemeriksaan awal ke atas telefon bimbit suspek didakwa menemukan banyak rakaman eksplisit lain, sekali gus menimbulkan persoalan tentang kemungkinan mangsa-mangsa lain. Penduduk setempat turut mendakwa lelaki tersebut seorang penagih dadah. Ibu suspek dilapor merayu agar keluarga Datin Lyanaz tidak membuat laporan, namun keluarga tetap nekad menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa demi keselamatan orang ramai.
Kes kini dalam proses laporan dan siasatan. Orang awam digesa segera menghubungi polis jika mempunyai maklumat tambahan atau pernah mengalami kejadian serupa di lokasi penginapan yang sama.
Post a Comment