KUALA LUMPUR 27 OGOS – Kecoh di media sosial apabila seorang individu membalas laporan mengenai lauk kenduri yang dibungkus tetamu sehingga menyebabkan makanan tidak mencukupi, dengan mendakwa tindakannya bersandarkan “hubungan baik” dengan pengantin serta sering memberi bantuan kepada keluarga berkenaan.
Menurutnya, insiden “menapau” didakwa berlaku ketika doa dibacakan. “Ni abang ipar aku, kakak aku yang nampak korang sedap menapau masa orang tengah baca doa,” ujarnya.
Terdahulu, individu yang dikaitkan dengan tindakan membungkus lauk itu mempertahankan diri di ruangan komen dengan mendakwa mempunyai “hubungan” dengan pengantin, mengkritik pihak yang menularkan gambar daripada status WhatsApp miliknya, serta mendakwa memberi bantuan bulanan kepada keluarga pengantin. “Sedihnya orang tukang viral ni… apa-apa kami tak akan maafkan pada yang viral ini, kami tuntut pengadilan di akhirat,” tulisnya.
Isu berkenaan terus mengundang perdebatan warganet, dengan sebahagiannya menegur etika tetamu di majlis kenduri dan menggesa semua pihak menjaga adab serta tidak menularkan hantaran tanpa mengetahui hujung pangkal kejadian.
Post a Comment